BMM3105
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER
Interaksi 1.
TAJUK 1 : PENGGUNAAN ENJIN PENCARIAN BAHAN BAHASA MELAYU
1.0 Sinopsis
Kandungan tajuk ini memberi panduan kepada para pelajar menggunakan
sesawang, video, audio, teks dan imej. Selain itu, pelajar menggunakan kata kunci,
frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan pengajaran Bahasa Melayu.
Seterusnya, pelajar menyimpan bahan dalam bentuk Fail Alamat Internet dan
Katalog Alamat Internet.
1.1 Hasil Pembelajaran
a) Mengenal pasti sumber dan enjin pencari bahan Bahasa Melayu.
b) Mensintesis maklumat untuk memperoleh pemahaman yang koheren.
1.2 Penggunaan Enjin Pencarian Bahan Bahasa Melayu
Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu merupakan bahan yang
sinonim dengan penggunaan medium teknologi. Namun, penggunaan yang lestari
harus berfokuskan kepada pencarian bahan yang lebih mudah, praktikal, dan
berteknologi terkini. Penggunaan enjin pencarian bahan adalah sebahagian
daripada penglestarian teknologi maklumat dan komunikasi tersebut. Pentingnya
penggunaan enjin pencarian bahan ini dapat dijelaskan melalui Google, MSN & Yahoo.
1.3 Menggunakan Web, Video, Audio dan Imej
Dalam proses pencarian maklumat, terdapat beberapa pembekal maklumat di
internet:
Setiap pembekal mklumat internet memberikan perkhidmatan yang hampir sama
iaitu bahan yang berelemenkan audio, video, teks dan grafik.
Untuk melayari internet dengan menggunakan pelayar tertentu, pengguna perlu
menaip alamat internet. Sering kali ketika pengguna klik ikon ‘internet’, maka
pengguna akan dibawa terus ke halaman yang telah disetkan secara semulajadi.
Enjin pencari biasa dilihat pada:
• Internet : Terletak pada kotak pencari pada enjin pencari
• Intranet : Terletak pada pencari dalam laptop mahupun komputer (home)
• Microsoft Word : Terletak pada halaman Word (find)
• Laman Internet : Terletak dalam laman web ataupun blog
Alamat Internet
Bagi melayari
internet, pengguna haruslah menaipkan alamat internet pada pembekal
maklumat yang digunakan. Selepas mengklik pada ikon internet, pengguna
seterusnya akan diberikan senarai laman yang berkaitan atau pengguna
akan terus dibawa ke halaman yang telah disetkan secara semula jadi.
Antara contoh alamat pembekal adalah seperti:
I. www.google.com
II. www.yahoo.com.my
Menyimpan bahan dalam bentuk fail internet dan katalog internet
Fail internet terletak dalam folder di dalam laptop. Fail ini akan wujud setelah pengguna memuat turun bahan dari internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan