Jumaat, 25 Januari 2013

Tajuk 2 : Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

Penggunaan internet sebagai salah satu kaedah mengumpulkan bahan yang telah digunapakai oleh ramai orang. Pelbagai maklumat telah dimuat naik di internet bagi memudahkan penggunaannya. Penggunaan ini telah memberi pelbagai kemudahan kepada semua pihak.
Maklumat yang pelbagai ini harus diurus dengan baik agar dapat digunakan dengan mudah.

Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks
Maklumat yang telah dikumpul haruslah dikategorikan. Pengkategorian ini memudahkan pencarian dan penggunaan bahan yang telah dikumpul.

Antara kategori yang boleh dibuat ialah:
i. Lagu
ii. Video
iii. Teks
iv. PDF
v. Gambar
vi. Permainan


Mengumpul bahan daripada internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa
Pengumpulan bahan adalah untuk membolehkan sesuatu sesi pengajaran dijalankan . Setiap pengajaran haruslah berdasarkan kepada 4 kemahiran bahasa yang utama  iaitu:
i. Kemahiran Lisan (mendengar dan bertutur)
ii. Kemahuran membaca
iii. Kemahiran Menulis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan